Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik (2018)

Dalam artikel ini terdapat lebih 50 contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik.

Jika anda dipanggil menduduki peperiksaan online PTD dalam masa terdekat, sila baca sampai habis.

Dan di penghujung artikel ini terdapat “free gift” ebook PTD 2018.

Pastikan anda subscribe untuk “claim” ebook tersebut.

Memandangkan format peperiksaan online PTD tak banyak yang berubah tahun ini, berikut kami kongsikan antara contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik 2018.

Peperiksaan ini terbahagi kepada dua (2) seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Hanya calon yang LULUS layak dipanggil temuduga.

BACA: Proses Pengambilan Kadet PTD 2018

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik

Soalan-soalan dalam seksyen ini lebih kepada soalan umum tentang isu semasa yang berlaku di Malaysia dan luar negara.

Contohnya tentang dasar baru Kerajaan, pembangunan ekonomi, intipati bajet, bantuan Kerajaan dan banyak lagi!

Tips untuk skor seksyen ini — baca isu semasa yang berlaku 3-4 bulan sebelum tarikh peperiksaan diadakan.

Selain itu, terdapat juga beberapa soalan tentang apa yang berlaku di luar negara.

Sebagai calon PTD, anda sememangnya perlu peka setiap perkara yang terjadi dalam dan luar negara. Dengan cara inilah anda boleh skor seksyen A Pengetahun Am.

Di bawah kami kongsikan antara contoh soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Contoh soalan yang dikongsikan ini adalah soalan sebenar peperiksaan sebelum ini.

1) Antara berikut yang manakah program perumahan bantuan Kerajaan yang telah dilaksanakan:

I. Program Bantuan Rumah
II. Perumahan Rakyat 1Malaysia
III. Skim Rumah Insan Amanjaya
IV. Rumah Mesra Rakyat

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

2) Berapakah umur yang dibenarkan Kerajaan bagi pengambilan pekerja asing dalam sektor pembantu rumah?

A) 17 – 45 tahun
B) 20 – 45 tahun
C) 21 – 45 tahun
D) 25 – 45 tahun

3) Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan Dasar Kewangan adalah:

A) Kementerian Kewangan Malaysia
B) Jabatan Insolvensi Malaysia
C) Unit Perancang Ekonomi
D) Bank Negara Malaysia

4) Berikut merupakan jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri kecuali

A) Jabatan Audit Negara
B) JAKIM
C) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
D) Jabatan Sukarelawan Malaysia

 

Leave a Comment