Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Tadbir N29

Pastinya anda sedia maklum peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 15 Ogos ini mengandungi dua seksyen utama iaitu seksyen A (Pengetahuan Am) dan seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah).

Untuk seksyen A, berikut dikongsikan beberapa contoh soalan pengetahuan am Penolong Pegawai Tadbir N29 (PPTN29).

Masa yang diperuntukan cuma 40 minit sahaja. Seksyen A akan bermula pada jam 8 malam dan berakhir jam 8.40 malam.

Untuk skor seksyen ini, anda perlu peka dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.

Antaranya seperti isu GST / SST, dasar-dasar negara malah ada juga soalan yang bertanyakan URL rasmi Kementerian.

Tapi anda jangan risau… dalam ebook yang akan kami lancarkan Jumaat / Sabtu ni, ianya lengkap dengan nota ringkas yang pastinya menjimatkan masa anda untuk “study”.

Link untuk mendapatkan ebook ini akan diedarkan melalui emel dan channel Telegram kami. Kepada yang belum join channel kami, sila klik link berikut untuk join > https://t.me/pegawaitadbirn29

Topik Popular Seksyen A

Di bawah adalah senarai topik popular seksyen A.

Topik ini bukan sahaja ditanya dalam exam PPTN29 malah antara topik popular setiap kali exam online dijalankan termasuk exam PTD dan sebagainya.

Antaranya:

  1. Konsep pengasingan kuasa — anda perlu faham perbezaan antara kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman
  2. Perlembagaan — Pastikan anda faham maksud perlembagaan dan jenis-jenis perlembagaan
  3. Sistem pentadbiran di Malaysia — Penolon Pegawai Tadbir wajib faham sistem pentadbiran di Malaysia yan merangkumi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa
  4. Anda perlu pandai bezakan antara Kementerian, Jabatan, Suruhanjaya, Badan Berkanun & Badan Tidak Berkanun termasuk konsep Majlis-Majlis
  5. Fahami fungsi Kabinet dan Jemaah Menteri
  6. Ambil tahu tentang Dasar Dalam Negara seperti GTP, Rancangan Malaysia, NBOS, Bajet dan sebagainya
  7. Jangan dilupakan pengetahuan anda tentang Dasar Luar Negara seperti ASEAN, PBB, NAM, IOC & APEC

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Tadbir N29

Berikut antara soalan-soalan yang ditanya dalam seksyen A – Pengetahuan Am.

1. Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat atau jabatan yang meliputi

I. Pentadbiran am dan perkara perkhidmatan
II. Kemudahan perhubungan
III. Alat kelengkapan pejabat
IV. Rekod awam

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

2. Berikan contoh program kebajikan yang boleh diadakan bagi mengeratkan perhubungan sesama warga jabatan

I. Acara sukan
II. Hari keluarga
III. Sambutan hari lahir
IV. Perhimpunan harian

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

3. Berikut ialah komponen-komponen utama dalam sebuah komputer KECUALI

A. Unit-unit Input dan unit-unit output
B. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
C. Tetikus dan papan kekunci
D. Komponen storan

4. Apakah tujuan Kawalan Penggunaan diperkenalkan Inventori dan Bekalan Pejabat?

A. Pengeluaran perlu diluluskan dan direkodkan dalam daftar.
B. Untuk mencegah pembaziran, kehilangan, kerosakan dan penyalahgunaan.
C. Pengeluaran dilaksanakan secara ‘masuk dahulu keluar dahulu’ mewujudkan sistem kawalan guna aplikasi IT bagi pemantauan selaras dengan peraturan kewangan.
D. Merekod dengan lengkap, tepat dan diberi nombor kawalan serta disimpan dengan selamat – pengeluaran bagi tujuan rasmi berdasarkan anggaran keperluan semasa.

5. Di antara berikut, manakah contoh Sistem Pengoperasian dalam komputer?

I. Windows 10
II. Yosemite
III. Microsoft Word
IV. Norton Antivirus

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

6. Namakan agensi yang mempunyai tanggung jawab untuk melaksanakan Dasar Kewangan

A. Bank Negara Malaysia
B. Unit Perancang Ekonomi
C. Jabatan Insolvensi Negara
D. Kementerian Kewangan Malaysia

7. Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbangkan kemudahan skim-­‐ skim bantuan seperti berikut KECUALI

A. Bantuan Orang Tua
B. Bantuan Kanak-­‐Kanak
C. Bantuan Anak Pelihara
D. Bantuan Usahawan OKU

8. Rukun Negara mempunyai kepentingan untuk mencapai matlamat seperti di bawah KECUALI

A. Membentuk perpaduan nasional
B. Memelihara sistem demokrasi negara
C. Menghasilkan komuniti yang progresif
D. Mewujudkan masyarakat yang untuk sesetengah kaum sahaja

9. Parlimen Malaysia mempunyai peranan utama sebagai

A. Melantik Yang di Pertuan Agong
B. Menggubal undang­‐undang
C. Menguruskan pilihan raya
D. Mentadbir Kerajaan

10. Kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa di bawah KECUALI

A. Perkapalan dan Pelayaran
B. Pertanian dan Perhutanan
C. Perdagangan dan Perusahaan
D. Perhubungan dan Pengangkutan

Download 100+ Contoh Soalan & Jawapan Setiap Seksyen

Seperti yang dimaklumkan, pada hari Jumaat / Sabtu ini kami akan lancarkan ebook rujukan khas PPTN29.

Ianya 100% dikemakini mengikut format exam 15 Ogos nanti.

Sekiranya anda mahukan ebook seperti gambar di bawah, pastikan anda subscribe mailing list Penolong Pegawai Tadbir N29 atau join channel Telegram kami sekarang (klik sini untuk join > https://t.me/pegawaitadbirn29)

Isi borang ini untuk download ebook N29

Sila masukkan nama dan emel yang anda gunakan

Thank you for subscribing.

Something went wrong.


Kepada yang dah subscribe, anda cuma perlu tunggu emel dari Kerjaya.MY sahaja.

Antara isi kandungan ebook ini termasuklah:

  • Penerangan format peperiksaan 15 Ogos dengan lebih mendalam
  • Nota ringkas yang menjimatkan masa anda
  • 100+ contoh soalan & jawapan (termasuk jalan kira) setiap seksyen A & B

…dan banyak lagi bahan bantuan untuk anda LULUS exam PPTN29.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan mampu bantu anda untuk lulus dengan cemerlang. Sekiranya artikel ini membantu, tolong kongsikan dengan calon-calon lain agar semua beroleh manfaat. Terima kasih.

4 thoughts on “Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Tadbir N29

Leave a Comment