Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Anda dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 15 Ogos nanti?

Tahniah!

Ramai calon yang komen di page SPA bertanyakan kenapa sudah bertahun mohon tapi masih belum dipanggil. Anda antara insan bertuah jika terpanggil.

Kami tahu anda tak tahu nak prepare apa sempena exam akan datang ni. Jadi silakan baca artikel ini sampai habis!

Kami akan kongsikan dengan apakah format peperiksaan kali ini dan kami akan berikan beberapa set contoh soalan & jawapan exam sebelum ini yang pastinya menjimatkan masa anda.

Sebelum itu, bagi sesiapa yang perlukan ebook rujukan khas peperiksaan 15 Ogos ini, sila isi borang di bawah supaya sistem kami boleh emelkan link download ebook Pegawai Tadbir N29 nanti.

Isi borang ini untuk download ebook N29

Sila masukkan nama dan emel yang anda gunakan

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

 

Dan jangan lupa join channel Telegram kami untuk memudahkan kami berkongsi info terkini menjelang hari peperiksaan nanti. Klik sini untuk join channel kami https://t.me/pegawaitadbirn29

Untuk makluman, format peperiksaan terbahagi kepada dua (2) seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Peperiksaan akan bermula pada jam 8.00 malam sehingga jam 9.40 malam.

Sekiranya anda belum pasti sama ada dipanggil atau tidak, sila buat semakan di portal rasmi SPA atau klik di sini.

Maklumat Jawatan Penolong Pegawai Tadbir

Penolong Pegawai Tadbir bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,493 sehingga gaji maksimum RM5,672.

Kenaikan gaji tahunan adalah RM145 setahun.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Berikut dikongsikan antara contoh soalan setiap seksyen bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen ini menguji tahap kepekaan calon terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengandungi tiga pecahan utama. Tujuan seksyen ini bagi mengukur daya menyelesaikan masalah calon.

i) Kemahiran Menggunakan Logik: Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data: Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Kemahiran Matematik: Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Ebook Rujukan Pantas Peperiksaan 15 Ogos

Khas buat calon-calon peperiksaan online 15 Ogos nanti, kami menerima banyak emel memohon agar dibuka semula link download ebook rujukan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 seperti di bawah:

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ebook tersebut, sila isi borang di bawah. Kami akan emelkan link download selepas ebook siap dikemaskini khas untuk peperiksaan 15 Ogos nanti.

Ebook ini adalah ebook yang mengandungi beratus contoh soalan & jawapan setiap seksyen. Turut dikongsikan nota rujukan pantas supaya memudahkan anda “study” jawatan ini.

Pengalaman kami membantu lebih 80,000 orang calon sejak tahun 2009 pastinya membantu anda untuk LULUS peperiskaan online kali ini.

Isi borang di bawah sekarang. Link download akan dihantar terus ke emel anda nanti.

Isi borang ini untuk download ebook N29

Sila masukkan nama dan emel yang anda gunakan

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

48 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

  1. Terbaik panduan diberikan. Saya juga memerlukan rujukan ebook tersebut. Saya telah isi maklumat yang diperlukan. Terima kasih.

  2. Terima kasih admin. Saya amat perlukan ebook tersebut.harap admin dapat membantu kami utk dptkan contoh soalan-soalan peperiksaan ini

  3. Assalamualaikum , saya telah isi borang untuk download ebook.hrp ia dapat membantu kpd semua yang dpt mengambil peperiksaan pd 15.ogos ni ..

    Slmt maju jaya semua

  4. ADMIN saya amat memerlukan ebook sebagai rujukan. Saya harap admin boleh email secepatnya sebelum tarikh exam 15/8/2018. Terima kasih.

Leave a Comment