Maklumat Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (Tugas & Gaji PTD 2018)

Panduan ini untuk anda yang nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik atau lebih popular dipanggil PTD.

Juga kami kongsikan proses-proses yang perlu dilalui sebelum disahkan ke jawatan tersebut.

Setiap pemohon perlu melalui beberapa fasa ujian terlebih dahulu sebelum layak menjawat jawatan PTD. Antaranya:

Hanya calon yang lulus kesemua ujian layak bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik.

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

PTD bukan sekadar diplomat sesebuah negara, malah tugas dan tanggungjawab PTD lebih daripada itu.

Pegawai Tadbir Diplomatik bertanggungjawab merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara. Selain itu, antara bidang tugas utama PTD ialah:

  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara
  4. Pengurusan Teknologi Maklumat
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur
  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  7. Pengurusan Ekonomi
  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri

Sekiranya anda calon peperiksaan online PTD, pastikan anda faham kesemua bidang tugas tersebut kerana setiap tahun akan ada beberapa soalan berkaitan tugas PTD.

PTD juga antara jawatan paling popular dalam sektor awam dan menjadi pilihan utama graduan.

Mungkin kerana jawatan ini membolehkan anda sampai ke kemuncak perkhidmatan awam dan menawarkan peluang kenaikan pangkat yang lebih baik berbanding jawatan lain.

Gaji PTD 2018

Berikut adalah tangga gaji PTD bagi tahun 2018.

  • Gaji Minimum: RM2,422
  • Gaji Maksimum: RM9,631
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225

Perbezaan gaji bergantung kepada kelayakan akademik masing-masing seperti:

  • Gaji Permulaan Ijazah Sarjana Muda Kepujian: RM2,422.00
  • Gaji Permulaan Ijazah Sarjana: RM2,733.14
  • Gaji Permulaan Ijazah Doktor Falsafah (PhD): RM3,044.48

Dapatkan maklumat lanjut jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik di sini.

Proses Pengambilan PTD

Berikut adalah proses pengambilan PTD dan langkah-langkah untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik yang terkini.

proses pengambilan ptd

Secara ringkasnya untuk jadi PTD anda perlu melalui empat (4) peringkat.

1. Peperiksaan Online

Calon-calon yang mengisi borang SPA8i dan memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan online PTD.

Exam online SPA selalunya terbahagi kepada dua seksyen sahaja. Masa yang diperuntukkan sekitar 1-2 jam.

Sebagai calon PTD anda perlu tahu serba sedikit tentang dasar-dasar kerajaan seperti NEM, TN50, RMK11, DSTIN, Dasar Teknologi Hijau, Pelan Pembangunan Pendidikan, Visit Malaysia Year, NBOS, DFTZ dan lain-lain.

Baca juga: Contoh Soalan Peperiksaan Online PTD

2. Programme Assessment Centre (PAC)

Sekiranya lulus exam PTD, anda akan dipanggil ke PAC selama dua hari.

Anda akan disaring berdasarkan kebolehan pengucapan awam, debat, kualiti kepimpinan dan kecerdasan fizikal.

Anda juga perlu melalui ujian fizikal termasuk larian 2.4 km dalam 12-15 minit. Pastikan anda jaga BMI.

3. Temuduga PTD

Calon yang lulus PAC akan dipanggil ke temuduga PTD.

Sama seperti temuduga biasa, antara soalan yang akan ditanya berkisarkan tentang pengalaman kerja anda sebelum ini, dan kenapa anda nak jadi PTD.

Pastikan anda baca sedikit tata tertib menjalani temuduga supaya anda tidak gugup ketika ditemuduga nanti.

4. Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPPA)

Lulus ketiga-tiga ujian tersebut anda akan diserap sebagai kadet PTD. Anda perlu mengikuti kursus DPPA selama 10-12 bulan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Di sini kadet PTD akan didedahkan kepada selok-belok perkhidmatan awam, dari kewangan, sumber manusia, ekonomi, diplomasi, keselamatan, pembangunan, pengurusan projek hingga ke pengurusan majlis dan protokol, anda akan diajar dan diuji.

Selepas tamat DPPA barulah anda layak menerima watikah pelantikan dan digelar sebagai seorang PTD.

Hanya Graduan Kelas Pertama Ditawar PTD?

Anda mungkin pernah dengar ura-ura mengatakan hanya graduan kelas pertama tajaan JPA layak ditawarkan jawatan PTD.

Namun JPA dalam satu kenyataan media telah menafikan perkara tersebut.

JPA berkata syarat perlantikan jawatan PTD masih kekal seperti apa yang ditetapkan dan terbuka kepada semua graduan yang berkelayakan.

Jadi mana-mana calon yang layak boleh memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dengan mengisi borang SPA8i di portal rasmi SPA.

Leave a Comment