Maklumat Jawatan Penolong Akauntan W29 (Tugas & Jadual Gaji 2018)

Adakah anda calon Penolong Akauntan 2018?

Tahniah! Anda di tempat yang betul.

Dalam artikel ini kami akan berkongsi segala maklumat penting tentang jawatan sebagai Penolong Akauntan Gred W29.

Juga kami kongsikan senarai tugas dan jadual gaji terkini bagi jawatan tersebut.

Sebelum itu, jawatan Penolong Akauntan W29 hanya boleh dimohon dengan mengisi borang SPA8i secara manual atau online di portal rasmi SPA.

Hanya pemohon yang menepati syarat kelayakan layak dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Akauntan.

Tugas Penolong Akauntan W29

Secara umumnya, Penolong Akauntan bertugas menyelia sistem berkaitan akaun pembayaran gaji dan menyediakan laporan tahunan sesuatu organisasi.

Selain itu, Jabatan Akauntan Negara (JANM) ada membuat beberapa cadangan tugas tambahan bagi jawatan tersebut.

Antaranya:

  1. Membuat semakan dan meluluskan baucar <RM500,000
  2. Mengemaskini SG 20 (Gaji)
  3. Menyediakan laporan APCT
  4. Menyelenggara perakaunan aset dan inventori (to be)
  5. Ketua Pasukan Naziran
  6. Membantu dalam penyediaan kertas kerja untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan
    kursus/latihan.

Baca juga: Maklumat Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Jadual Gaji

Berikut adalah jadual gaji terkini bagi tahun 2018 untuk jawatan Penolong Akauntan:

  • Gaji Minimum: RM1,498
  • Gaji Maksimum: RM5,678
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145

Calon yang ingin memohon jawatan tersebut perlulah berumur tidak kurang dari 18 tahun ketika tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
  • Certified Accounting Technician (CAT)¬†yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08)
  • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom¬†dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68)

Calon juga perlu memiliki paling kurang Gred C (Kepujian) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya.

Untuk maklumat lanjut tentang jawatan ini, klik di sini.

Cara Mohon Jawatan Penolong Akauntan

Bagi anda layak dan berminat untuk berkhidmat sebagai Penolong Akauntan, sila isi borang SPA8i secara online di portal rasmi SPA.

SPA akan memanggil calon yang layak untuk menduduki peperiksaan online sebelum ditemuduga. Hanya calon yang lulus kesemua ujian layak dipertimbang ke jawatan tersebut.

1 thought on “Maklumat Jawatan Penolong Akauntan W29 (Tugas & Jadual Gaji 2018)

Leave a Comment